Pengenalan

PENGENALAN

D’ARAB CAFÉ menyajikan makanan dari Timur Tengah dengan rasa keaslian namun dapat dinikmati oleh semua golongan kerana harganya yang sangat kompetitif. Walaupun lokasi dan aturan restoran yang tidak mewah dan eklusif, namun rasa makanannya sangat lazat dan asli dari timur tengah serta harga amat berpatutan.

5397239341_a322da5ba7_oD’ARAB CAFÉ amat mementingkan konsep rasa dan konsistensi makanan. Oleh yang demikian, D’ARAB CAFÉ, menggunakan konsep dapur berpusat untuk mengekalkan keaslian rasa dan kawalan rasa yang ketat untuk menjaga rasa dan konsistensi. D’ARAB CAFE telah mendapat Sijil Kelulusan HALAL JAIS (JAISEL.BPP/03/002/02Jld2(50)) pada 5hb Disember 2011.

10339185_805615452795348_6544472955748763079_oD’Arab Cafe adalah satu rangkaian restoran masakan arab yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Bermula dengan sebuah ruang niaga yang sederhana di No 9 Kompleks Anjung 7, Shah Alam pada 1 April 2009 oleh pengasasnya Tuan Haji Hairudin Bin Haji Mohd Top.

Perniagaan restoran D’Arab Cafe sangat menggalakkan malah sehingga kini cawangan D’Arab Cafe di sekitar Lembah Kelang bertambah dari semasa ke semasa. D’Arab Cafe juga menyediakan khidmat penghantaran di sekitar kesemua cawangannya.

D’ARAB CAFE juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis keraian, walimatul urus, aqiqah, program rasmi pejabat dan sebagainya.

Tuan Haji Hairudin Bin Haji Mohd Top
Pejabat Urusan,
86A, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No.Tel: 03-5511 8000 | Emel: admin[at]nasiarab[dot]com[dot]my